Selamat Datang

Pertanian Dan Kehidupan: Berbudi kepada tanah, tanah tidak pernah menipu.

Thursday 26 April 2012

MAKANAN TERNAKAN - Proses Silaj Dari Batang jagung

Teknik membuat silaj batang jagung 

  1. Batang jagung dipotong dan diangkat secara manual dan  dikumpulkan selepas penuaian (75 HST*). (Pastikan pokok jagung tidak kering di ladang supaya kandungan kelembapan batang jagung dapat dikekalkan). 

    Peringkat dah boleh dituai (76 HST)
      2. Hancurkan dengan mesin shredder atau dipotong dan dihancurkan dengan mesin forage haverster, kemudian diangkut dengan treler.   
    menghancurkan batang jagung


    3. Masukkan ke dalam beg plastik yang diletakkan pada rangka kayu mudahalih yang mudah dipasang dan mudah dibuka.
    memijak untuk memadatkan kandungan (mengurangkan ruang udara)

     4. Pokok jagung yang telah dihancur - dipadatkan dengan memijak untuk mengurangkan ruang udara  di dalam beg. 

     

    5. Beg plastik diisi dengan penuh, diikat dengan tali atau tiub plastik dengan sempurna. Simpan sekurang-kurangnya 30 hari dalam keadaan tanpa oksigen.

    Silaj yang telah siap

     

TIPS: 

  • Pastikan beg plastik tidak berlubang bagi mengelakkan udara masuk - silaj rosak dan menjadi kompos. 
  • Silaj boleh disimpan lama selagi udara tidak masuk.
  • Setiap kali beg pembungkus silaj dibuka, udara yang terdapat dalam perlu dikeluarkan dengan menekan beg sebelum diikat.  

* Hari Selepas Tanam 

 

Maklumat penuh sila klik disini puspatani.blogspot.com

1 comment:

  1. salam..sy ingin membeli batang jagung adakah puan menjualnye sekiranye puan menjual boley puan menghubungi sy 0127889004

    ReplyDelete