Semoga sahabat semua dirahmati Allah, dilindungi dari segala bahaya, dihindari dari perasaan keluh kesah. Sesungguhnya hidup kita tidak sunyi dari masa susah dan senang. Bukan senang nak jadi senang. Allah sentiasa ada untuk hambaNya yang bertakwa dan selalu mengingatiNya.
Sebagai manusia, kita jangan angkuh dan sombong untuk meminta kepada Pencipta iaitu Allah SWT. Dia lah RAJA yang punya segala-gala..tak perlu meminta2 daripada makhluk ciptaanNya di muka bumi ini, kerana mereka hanya setaraf dengan kita, darjat hanya pangkat di dunia. Disana, kita semua sama...
Jika suatu ketika nanti ada tangan yang memberi, sesungguhnya ucapkanlah Alhamdulillah..kerana itu adalah dari Allah..tangan itu hanya perantaraan di dunia ni saja. Semua rezeki hanya datang dari Allah SWT. Dia Maha Kaya. Ingatlah.....Cukuplah Allah sahaja sebagai pelindung kita. Merayulah, memintalah, mengadulah...kepada Allah SWT...
teruskan membaca disini... http://www.nimosy.com/tip-murah-rezeki/ |
lagi best disini...http://aura-hikmah.blogspot.com/2011/04/20-amalan-murah-rezeki.html |
syok la baca page ni.... |
No comments:
Post a Comment