Selamat Datang

Pertanian Dan Kehidupan: Berbudi kepada tanah, tanah tidak pernah menipu.

Friday 27 April 2012

Jika Mahu Kaya....Sujudlah kepada Pencipta

Salam..

Semoga sahabat semua dirahmati Allah, dilindungi dari segala bahaya, dihindari dari perasaan keluh kesah. Sesungguhnya hidup kita tidak sunyi dari masa susah dan senang. Bukan senang nak jadi senang. Allah sentiasa ada untuk hambaNya yang bertakwa dan selalu mengingatiNya.

Sebagai manusia, kita jangan angkuh dan sombong untuk meminta kepada Pencipta iaitu Allah SWT. Dia lah RAJA yang punya segala-gala..tak perlu meminta2 daripada makhluk ciptaanNya di muka bumi ini, kerana mereka hanya setaraf dengan kita, darjat hanya pangkat di dunia. Disana, kita semua sama...

Jika suatu ketika nanti ada tangan yang memberi, sesungguhnya ucapkanlah Alhamdulillah..kerana itu adalah dari Allah..tangan itu hanya perantaraan di dunia ni saja. Semua rezeki hanya datang dari Allah SWT. Dia Maha Kaya. Ingatlah.....Cukuplah Allah sahaja sebagai pelindung kita. Merayulah, memintalah, mengadulah...kepada Allah SWT...


teruskan membaca disini... http://www.nimosy.com/tip-murah-rezeki/


 lagi best disini...http://aura-hikmah.blogspot.com/2011/04/20-amalan-murah-rezeki.html



syok la baca page ni....

Thursday 26 April 2012

MAKANAN TERNAKAN - Proses Silaj Dari Batang jagung

Teknik membuat silaj batang jagung 

  1. Batang jagung dipotong dan diangkat secara manual dan  dikumpulkan selepas penuaian (75 HST*). (Pastikan pokok jagung tidak kering di ladang supaya kandungan kelembapan batang jagung dapat dikekalkan). 

    Peringkat dah boleh dituai (76 HST)
      2. Hancurkan dengan mesin shredder atau dipotong dan dihancurkan dengan mesin forage haverster, kemudian diangkut dengan treler.   
    menghancurkan batang jagung


    3. Masukkan ke dalam beg plastik yang diletakkan pada rangka kayu mudahalih yang mudah dipasang dan mudah dibuka.
    memijak untuk memadatkan kandungan (mengurangkan ruang udara)

     4. Pokok jagung yang telah dihancur - dipadatkan dengan memijak untuk mengurangkan ruang udara  di dalam beg. 

     

    5. Beg plastik diisi dengan penuh, diikat dengan tali atau tiub plastik dengan sempurna. Simpan sekurang-kurangnya 30 hari dalam keadaan tanpa oksigen.

    Silaj yang telah siap

     

TIPS: 

  • Pastikan beg plastik tidak berlubang bagi mengelakkan udara masuk - silaj rosak dan menjadi kompos. 
  • Silaj boleh disimpan lama selagi udara tidak masuk.
  • Setiap kali beg pembungkus silaj dibuka, udara yang terdapat dalam perlu dikeluarkan dengan menekan beg sebelum diikat.  

* Hari Selepas Tanam 

 

Maklumat penuh sila klik disini puspatani.blogspot.com

PENANAMAN KACANG TANAH MARGENTA


PENANAMAN KACANG TANAH MARGENTA

 
benih kacang tanah Margenta



Keterangan Tentang Teknologi
  • Sesuai untuk tanah bris
  • Mempunyai potensi untuk dikomersialkan sebagai tanaman alternatif kepada tembak
  • Boleh diproses seperti kacang mengelembu
  • Hasil (dry pod) – 3.0-5.0 t/ha
  • Lebih darip[ada 80% mempunyai 2 biji/lenggai
  • Bilangan lenggai tinggi (30-50 lenggai sepokok)
  • Lenggai biji besar dan seragam

Aktiviti Gerak Kerja
  1. Membajak tanah -3 kali
  2. Mengopek benih
  3. Menanam dengan ‘row seeder’
  4. Menyulam – selepas biji benih bercambah
  5. Menepur dan merumput
  6. Membaja 1 –NPK Blue -300kg/ha
  7. Membaja 2 (35 HST)-NPK Blue - 300kg/ha
  8. Kawalan serangga –koya-Lebycid dan penyakit layu fusarium -Benex
  9. Semburan foliar (Vitagrow)
  10. Semburan Humibox (kapur cecair)
  11. Jangkaan tuai (120 HST)
 
Sumber : PT (Stesen MARDI Kubang Keranji, Kelantan)